Sunday 27 May 2012

JENIS-JENIS LATIHAN BEBANAN


Program latihan beban lazimnya dikelolakan untuk mencapai objektif yang
khusus dengan memanipulasikan beberapa angkutubah penting seperti :
Ø Intensiti latihan
Ø Jumlah ulangan dan set
Ø Kekerapan latihan dijalankan
Terdapat tiga jenis latihan beban yang boleh meningkatkan kekuatan iaitu:
1. Latihan Isometrik
2. Latihan Isotonik
3. Latihan Isokinetik
1. Latihan Isometrik
Isometrik bermaksud tanpa perubahan kepanjangan. Oleh itu, latihan
isometrik ialah suatu jenis latihan kekuatan yang dilakukan tanpa
melibatkan pergerakan atau kepanjangan otot-otot yang terlibat. Apa yang
berlaku ialah pengecutan statik. Walaupun latihan ini boleh menambahkan
kekuatan tetapi kualiti kekuatan yang ditambah adalah kurang
memuaskan dan tidak mendatangkan banyak faedah.

2. Latihan Isotonik
Latihan isotonik bermaksud otot-otot yang terlibat akan dipendekkan
semasa senaman dilakukan. Senaman ini adalah jauh lebih berfaedah
daripada latihan isometrik. Alatan-alatan yang digunakan untuk latihan ini
ialah dumbell, barbell, serta mesin Multi-Gym, Universal, Weider dan
Paramount.

3. Latihan Isokinetik
Kaedah latihan adalah yang paling berkesan kerana ia menggabungkan
faedah-faedah daripada kedua-dua latihan isometrik dan isotonik. Latihan
ini melibatkan keseluruhan otot-otot. Mesin yang digunakan untuk latiihan
isokinetik termasuklah Cybex Orthotron, Cybex II, dan Mini-Gym.
Walaupun Latihan Isokinetik adalah yang paling baik, tetapi latihan ini
adalah kurang praktikal kerana kos alatannya yang tinggi. Oleh itu,kaedah Latihan Isokinetik masih merupakan suatu kaedah latihan kekuatan yang paling praktikal dan berkesan.

SALAH TANGGAPAN TERHADAP LATIHAN BEBAN 
Berikut adalah beberapa salah-anggap terhadap latihan beban yang
menyebabkan latihan beban kurang popular :
Ø Latihan beban hanya sesuai untuk lelaki sahaja.
Ø Latihan beban akan menyebabkan pertambahan kekuatan di samping
mengurankan kelembutan.
Ø Otot-otot yang dibina daripada latihan beban akan terus menjadi lemak
apabila latihan beban dihentikan.

No comments:

Post a Comment