Friday 1 June 2012

MENGAJAR PERMAINAN BOLA TAMPAR DALAM KEMAHIRAN MENYANGGA

                                                                                              
LANGKAH PERTAMA :
Pengenalan apa itu permainan bola tampar dan apa itu bola tampar kepada para pelajar atau murid-murid :
~Permaianan yang melibatkan kemahiran pergerakan dan alat permainan iaitu bola tampar.
~Bola adalah sejenis benda yang berbentuk sfera  dan boleh dipegang dan dirasai.

LANGKAH KEDUA

Merasa  bola tampar itu kepada para pelajar atau murid-murid  dengan :
~Menyuruh para pelajar atau murid-murid memegang dan membelek bola tampar itu.
~Minta pendapat mereka mengenai apa yang mereka lihat dan rasa mengenai bola itu.
~Berapa jalur bola tampar itu.

LANGKAH KETIGA

Menyuruh para pelajar atau murid-murid melambung dan menyambut bola pada ketinggian yang minimum.
~Aktiviti ini dilakukan berulang kali supaya para pelajar atau murid-murid bertambah yakin
  lagi semasa aktiviti menyangga ini diajar secara ansur maju iaitu dari yang senang ke 
  kompleks

LANGKAH KEEMPAT

Latihan ansur maju diberikan dan dijalankan kepada para pelajar atau murid-murid bagi mengukuhkan lagi kemahiran mereka  dalam permainan ini iaitu kemahiran menyangga bola (lihat sebelah).

NILAI MORAL DALAM MENYAMPAIKAN MODUL 1 KSSR PJK


Dalam Modul 1 iaitu Kesihatan Fizikal, terdapat satu subtopik iaitu Kesihatan Diri dan Reproduktif yang mana kita perlu sampaikan dan jelaskan kepada murid-murid dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah agar subtopik ini dapat dikuasai serta difahami oleh murid-murid sesuai dengan aras mereka. Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Terdapat dua cara penyampaian iaitu secara formal dan tidak formal. Dalam menyampaikan tajuk ini secara formal, pastinya ia melibatkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah.

Semasa P&P guru yang mengajar perlu menggunakan kaedah-kaedah model pengajaran dan pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan murid-murid yang diajar. Kaedah-kaedah pengajaran ini merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang selalu digunapakai semasa aktiviti P&P iaitu Model Ekspositori yang bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci iaitu cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.  Selain itu, kaedah pengajaran Model Inkuiri dan Penemuan adalah merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan.

Model Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) juga amat sesuai digunakan dalam menyampaikan tajuk kesihatan diri dan reproduktif kepada murid-murid. Pengajaran KMD adalah suatu kaedah murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau masa depan perubahan masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Dalam Model Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan, terdapat empat prinsip yang terlibat antaranya adalah Prinsip Perubahan, Prinsip Pandangan Jauh, Prinsip Perancangan Strategik,  dan Prinsip Pengupayaan. Model Pembelajaran Masteri juga amat sesuai digunakan iaitu pendekatan P&P yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Model P&P Masteri ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut hasil pembelajaran ditentukan, aktiviti P&P bermakna, berkesan, menarik dan seronok, bahan P&P yang berkesan, dan aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras Masteri. Dengan adanya model-model ini, maka tajuk kesihatan diri dan reproduktif ini dapat disampaikan kepada murid-murid dengan lebih efektif dan berkesan.
                                                                                                                 
Banyak lagi kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan misalnya teori-teori pembelajaran Pavlov dan Jean Piaget juga boleh digunakan. Pendekatan Belajar Sambil Bermain juga boleh digunakan dalam memvariasikan kaedah P&P dalam kelas secara formal. Malah Teori Kecerdasan Pelbagai juga sesuai digunakan dalam aktviti P&P. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) semasa aktiviti P&P dilaksanakan haruslah digunakan untuk memastikan tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif yang disampaikan ini dapat difahami oleh murid dengan lebih mudah lagi. Penggunaan BBM membantu guru untuk menerangkan dan murid dapat melihat serta mendengar penerangan yang disampaikan oleh guru dengan lebih jelas dan tepat lagi. BBM yang digunakan ini meliputi gambarajah, kertas mahjong, kad manila, kad imbas, ICT, alat-alat elektronik dan lain-lain lagi yang berkaitan. Kaedah simulasi cara penjagaan kesihatan diri dan reproduktif juga boleh digunakan. Komunikasi dua hala juga haruslah digunakan untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya dan juga murid dengan guru. Komunikasi seperti ini dalam P&P amat berkesan dan menyeronokkan murid-murid belajar.

Dalam aktiviti P&P dalam kelas, guru haruslah menyampaikan tajuk kesihatan diri dan reproduktif ini dengan mengambil kira tahap kebolehan murid dan pengalaman sedia ada murid supaya tajuk yang disampaikan ini benar-benar dikuasai oleh murid secara optimum. Sekiranya guru-guru yang mengajar Pendidikan Kesihatan ini dapat menggabungjalinkan semua kaedah, teori dan pendekatan dengan baik, pastinya tajuk ini dapat disampaikan dengan baik dan berkesan kepada murid-murid. Selain itu, aktiviti tidak formal seperti ceramah, taklimat dan kempen kesihatan diri dan reproduktif juga adalah alternatif lain yang boleh digunakan dalam menyampaikan tajuk ini. Dalam P&P juga, menjadi satu keutamaan bagi guru mengambil kira beberapa perkara seperti matlamat pendidikan, kurikulum mata pelajaran yang diajar dan persekitaran.

Guru bertanggungjawab ke atas pengajaran masing-masing dan memberi pertimbangan yang rapi mengenai persekitaran pembelajaran murid-murid. Dalam pengajaran harian, guru perlu mengenal pasti isi pengajaran yang hendak disampaikan berdasarkan kurikulum dan Standard Pembelajaran. Kemudian memikirkan pendekatan, strategi, kaedah yang sesuai dan selaras dengan keperluan, minat dan kebolehan murid. Guru yang berkesan sentiasa membuat refleksi terhadap pengajaran mereka, membuat pemerhatian untuk mengenal pasti kefahaman murid-murid seterusnya mengubahsuai amalan mengikut keperluan. Oleh itu, guru mestilah kreatif dan inovatif dalam menterjemahkan isi pelajaran kepada murid dengan menggabungjalinkan pedagogi pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai objektif yang sudah ditentukan dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berdasarkan KSSR.

Seterusnya kita akan membincangkan bagaimana tajuk ini dapat meningkatkan nilai moral murid berpandukan Kesihatan Diri dan Reproduktif dalam buku KSSR Pendidikan Kesihatan. Guru Pendidikan Kesihatan mempunyai tanggungjawab yang penting dalam meningkatkan nilai moral murid. Selain daripada perlu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan, guru perlu menjadi contoh kepada murid-muridnnya. Guru Pendidikan Kesihatan bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Guru-guru Pendidikan Kesihatan ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan nilai moral murid berpandukan Kesihatan Diri dan Reproduktif dalam buku KSSR Pendidikan Kesihatan pada pandangan pelbagai pihak, khususnya murid-murid di sekolah rendah. Guru Pendidikan Kesihatan juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran Pendidikan Kesihatan kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Pendidikan Kesihatan di sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan reproduktif di kalangan murid-murid ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi berpandukan Kesihatan Diri dan Reproduktif dalam buku KSSR Pendidikan Kesihatan.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KSSR digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, murid-murid sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. Penerapan nilai-nilai murni ini berlaku semasa aktiviti Penagajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas ataupun di bilik-bilik khas oleh Guru Pendidikan Kesihatan secara optimum berdasarkan tajuk-tajuk standard kandungan dan standard pembelajaran yang diajar. Guru Pendidikan Kesihatan  perlu ‘menghidupkan‘ kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan pengalaman langsung kepada murid. Contohnya membawa murid-murid melawat Klinik Kesihatan yang berdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan membalas budi ke dalam jiwa murid-murid yang diajar.

Melalui pengalaman tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai kemanusiaan serta menghargai diri mereka sendiri dan orang lain. Bukan itu sahaja, lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan menyebabkan mereka bersemangat dan berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek kata guru Pendidikan Kesihatan yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan penawar, mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh dilentur.  Penayangan gambar-gambar dan video-video yang berkaitan dengan kesihatan diri dan reproduktif  kepada murid-murid akan dapat memberikan gambaran jelas tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan reproduktif dengan mengamalkan nilai-nilai moral yang baik bagi mengelakkan masalah-masalah kesihatan mereka.

Dari segi sudut lain dalam menerapkan nilai moral kepada murid melalui tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif, teori nilai (aksiologi) ini adalah untuk menganalisis, meneliti dan menghurai prinsip dan kaedah pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh ilmu pengetahuan dari segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Konsep utama teori nilai meliputi empat cabang iaitu nilai, etika, moral dan  akhlak. Melalui pengajaran dan pembelajaran tajuk Pendidikan Kesihatan ini, ia membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. Pengajaran tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif disertai dengan penerapan nilai-nilai murni ini ke dalam diri murid-murid akan dapat mempertingkatkan moral mereka untuk menjadi murid yang berakhlak mulia di sekolah dan menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Seterusnya, kita akan membincangkan bagaimana tajuk ini dapat mengurangkan kesan-kesan negatif setelah murid mempelajari Kesihatan Diri dan Reproduktif. Apabila murid mempelajari tajuk ini, murid-murid dapat:
      i.        mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran mereka;
     ii.        mengamalkan dan mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan serta penyakit; dan
    iii.        menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
Pendidikan Kesihatan Diri dan Reproduktif diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan berdasarkan KSSR. Pendidikan Kesihatan Diri dan Reproduktif adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. Pendidikan Kesihatan Diri dan Reproduktif mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan seharian.

Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berperingkat mengikut kesesuaian serta aras umur murid, maka murid-murid ini akan dapat mengurangkan kesan-kesan negatif melalui tajuk Kesihatan Diri dan Reproduktif yang diajar di sekolah serta mendapatkan suntikan-suntikan yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, tajuk ini bukan lagi satu keperluan tetapi ia merupakan perkara wajib yang harus diketahui dan dipelajari oleh murid-murid seperti mana yang sudah dilaksanakan di Eropah. Dengan penguasaan ilmu dan pengetahuan dalam tajuk ini maka masalah-masalah penyakit berkaitan dengan kesihatan diri dan reproduktif sejak akhir-akhir ini dapat dielakkan dan dikurangkan bagi mengelakkan pandangan negatif daripada negara-negara luar.

PECAT Physical Education Curriculum Analysis Tool)

a) Apa itu PECAT (Physical Education Curriculum Analysis Tool)?

PECAT (Physical Education Curriculum Analysis Tool) adalah salah satu alat yang  boleh digunakan bagi menganalisis kurikulum Pandidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Penggunaan PECAT di sekolah boleh membantu pihak sekolah seperti Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran/akademik , panitia PJK dan guru PJK khususnya guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan serta dapat mengendali, melengkapkan dan menganalisis secara konsisten kurikulum PJK di sekolah rendah demi meningkatkan aktiviti fizikal belia bersekolah. Asas PECAT berasaskan National standards untuk Pendidikan Jasmani dan menggunakan anggapan pelajar setiap standard.


b) Apa fungi PECAT (Physical Education Curriculum Analysis Tool) diwujudkan?

PECAT: Program Persediaan Guru untuk mengajar Pendidikan Jasmani .  Setelah  mengikuti semua lima pengajaran dalam PECAT, murid-murid boleh:

o   meringkaskan tujuan, kepentingan, fungsi, organisasi , dan penggunaan PECAT.
o   Tentukan bahagian-bahagian utama PECAT.
o   Jelaskan bagaimana kurikulum pendidikan jasmani berkesan menyumbang bagi pembangunan murid yang secara fizikal berpendidikan.
Ringkaskan National Standards for Physical Education dalam hubungan bagi PECAT.
o   Jelaskan bagaimana National Standards for Physical Education boleh digunakan untuk merekabentuk kurikulum.
o   Memperoleh tajuk bagi kajian semula kurikulum pendidikan jasmani.
o   Menilai kurikulum pendidikan jasmani menggunakan PECAT.


c)Apa objektif PECAT (Physical Education Curriculum Analysis Tool) ini dilaksanakan?

Selepas menamatkan pengajaran ini, murid-murid boleh:

o   Jelaskan unsur-unsur kurikulum pendidikan jasmani berkualiti tinggi.
o   Kenal pasti komponen-komponen program pendidikan jasmani berkualiti tinggi.
o   Kenal pasti bahagian-bahagian utama PECAT.
o   Jelaskan kepentingan dan tujuan PECAT.
o   Jelaskan pelbagai cara PECAT boleh digunakan.
o    Mentakrifkan istilah-istilah utama menggunakan dalam pembangunan kurikulum dan khusus bagi PECAT.


d) Apa Komponen PECAT (Physical Education Curriculum Analysis Tool) dalam PJK?

Komponen-komponen  PECAT dalam program  Pendidikan Jasmani Berkualiti Tinggi:
1.
Kurikulum bertulis.
2. Dasar-dasar dan persekitaran.
3. Arahan jelas dan mudah difahami.
4. Penilaian murid.
e) Apa hasil PECAT (Physical Education Curriculum Analysis Tool) dalam PJK?

Hasil-hasil program Pendidikan Jasmani Berkualiti Tinggi adalah murid-murid mempunyai:
o   Pengetahuan yang matang,
o   Kemahiran-kemahiran tertentu,
o   Tingkah laku yang baik , dan
o   Keterampilan dan kemunasabahan diri
Ini untuk menjadikan  fizikal aktif seumur hidup sekiranya berjaya memiliki hasil-hasil program ini kelak.



f) Kurikulum Fundamental

 Ia melibatkan;
o   Apa itu kurikulum?
o   Apa ialah unsur-unsur kurikulum pendidikan jasmani berkualiti tinggi?
o   Apa penjajaran kurikulum?

g) Apa itu kurikulum dalam PJK?

Kurikulum dalam Pendidikan Jasmani Berkualiti Tinggi adalah:
o   Sebahagian daripada sebuah program yang lebih besar,
o   Satu garis panduan dalam perlaksanaan program,
o   Perkembangan yang lebih sistematik dan teratur,
o   Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
o   Satu dokumen yang sangat penting sebagai rujukan utama.

h) Apa elemen utama kualiti kurikulum Pendidikan Jasmani dalam PJK?

o   Satu gambaran keseluruhan: satu pemberian am kurikulum secara menyeluruh termasuk tujuan-tujuan dan organisasi kurikulum.
o   Matlamat-matlamat kurikulum: pernyataan am atau luas yang menyediakan arah pengajaran atau niat. Matlamat-matlamat ini ialah wawasan berlebih-lebihan atau tujuan ke arah suruhan yang mana diarah. Mereka mengenal pasti pengetahuan pendidikan jasmani penting, kemahiran-kemahiran , dan sikap-sikap yang diajar dan dipelajari dalam satu kurikulum.
o   Skop dan jujukan: terlebih dahulu satu kurikulum yang menstruktur telah menggariskan keluasan dan kedalaman konsep-konsep pengajian utama dan kemahiran-kemahiran merentasi aras gred dan perkembangan kemajuan yang logik serta konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran untuk dialamatkan di aras gred atau kumpulan gred [jujukan].
o   Satu unit: sekumpulan atau siri-siri pengajaran-pengajaran berdasarkan satu set objektif-objektif pengajaran di satu topik serupa atau kemahiran. Unit-unit berbilang ini akan membentuk kursus pengajian.
o   Pelan-pelan pelajaran: garis panduan khusus untuk suruhan (melaksanakan pengajaran), termasuk objektif-objektif pengajaran, bahan-bahan dan sumber-sumber memerlukan, prosedur-prosedur atau arahan-arahan untuk melaksanakan pengajaran, maklumat dasar untuk guru, masa , dan alat taksiran atau alat.
o   Maklumat dasar: maklumat untuk membantu guru lebih baik faham kandungan pengajaran, termasuk pengetahuan prosedur langkah-langkah mengajar satu kemahiran.
o   Pengajian penilaian pelajar: proses mengumpul bukti dan dokumentasi pembelajaran seseorang pelajar dan bagaimana seorang akan tahu jika pengajian telah dicapai; ini boleh jadi penilaian formatif atau penilaian penjumlahan.

i) Bahagian-bahagian Utama dalam kualiti Rancangan Pengajaran PECAT.
o   Aras gred disasarkan
o   Standard Pendidikan Jasmani
o   Objektif-objektif pengajaran
o   Prosedur-prosedur
o   Pengalaman pembelajaran
o   Bahan-bahan dan peralatan
o   Pengajian penilaian pelajar

j) Penjajaran Kurikulum
o   Proses berterusan membawa kekongruenan bagi kurikulum bertulis, mengajar kurikulum , dan pentaksiran kurikulum supaya
o   Semua yang ditaksir telah diajar , dan
o   Apa yang diajar merangkumi kurikulum bertulis.







k) Apa tujuan PECAT (Physical Education Curriculum Analysis Tool) dilaksanakan?
Alat ini digunakan untuk membantu guru pendidikan jasmani dan lain-lain memastikan yang pendidikan jasmani mereka berkesan demi meningkatkan aktiviti fizikal belia bersekolah. Tujuan PECAT juga untuk membantu sekolah-sekolah
o   Menjalankan satu tugas dengan jelas, lengkap , dan analisis kurikulum pendidikan jasmani bertulis adalah konsisten.
o   Keputusan-keputusan analisis boleh membantu sekolah-sekolah meningkatkan kurikulum wujud, membangunkan kurikulum mereka sendiri, atau memilih satu kurikulum bercetak, meningkatkan penyampaian pendidikan jasmani berkualiti tinggi di sekolah.
o   Memastikan kurikulum pendidikan jasmani mengemukakan National Standards For Physical Education  iaitu melalui perlaksanaan PECAT.
o   kurikulum yang berkualiti tinggi boleh memperbaiki keupayaan sekolah itu secara positif mempengaruhi kemahiran motor dan kelakuan aktiviti fizikal di kalangan pelajar.

l) Seksyen-seksyen PECAT
o   Tinjauan pendidikan jasmani berkualiti tinggi.
o   Maklumat tentang kurikulum pendidikan jasmani.
o   Alat-alat yang akan menilai satu kurikulum.
o   Sumber-sumber untuk membangunkan pelan pembaikan kurikulum.


m) PECAT boleh gunakan untuk…
o   Menilai analisis tempatan dan secara komersial dalam membangunkan kurikulum pendidikan jasmani di sekolah.
o   Mengenal pasti kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan kurikulum bertulis.
o   menyediakan satu wawasan apa yang sepatutnya dimasukkan adalah berkualiti tinggi dan bertulis kurikulum pendidikan jasmani.
o   mewujudkan satu pelan pembaikan berasaskan keputusan-keputusan analisis.



n) Kenapa  perlu menyokong PECAT?
Kita perlu menyokong PECAT kerana:
o   Murid-murid memerlukan lebih fizikal aktif.
o   Sekolah-sekolah mestilah memainkan peranan dalam meningkatkan tabiat aktiviti fizikal dan kesihatan murid-murid.
o   Kurikulum pendidikan jasmani ialah cara utama yang mana sekolah-sekolah menyampaikan pendidikan jasmani dengan jelas dan betul serta seronok
o   Konsensus kebangsaan melaporkan dalam dokumen-dokumen pusat menyokong pentingnya menyediakan laporan dan analisis berkualiti tinggi, harian pendidikan jasmani untuk semua pelajar.
o   Sebelum PECAT, tiada alat boleh didapati untuk menganalisis kurikulum pendidikan jasmani bertulis.

o) Kaitan dan penggunaan standard kebangsaan untuk Pendidikan Jasmani.
Standard Kebangsaan:
o   Konsisten,
o   Diterima dengan meluas , dan
o   Secara langsung berkaitan dengan kurikulum pendidikan jasmani berkesan.
o   Sebagai satu rangka kerja bagi mengkaji kurikulum bertulis.
o   Memandu pembangunan kurikulum baru.

p) Standard Kebangsaan untuk Pendidikan Jasmani.
Pelajar  boleh:
o   Menunjukkan kecekapan dalam kemahiran motor dan pola-pola pergerakan.
o   Menunjukkan pemahaman konsep-konsep pergerakan, prinsip-prinsip, strategi-strategi , dan taktik-taktik.
o   Menyertai sering dalam aktiviti fizikal.
o   Mencapai dan memelihara kesihatan serta mempertingkatkan tahap kesihatan fizikal.
o   Mempamerkan tanggungjawab sosial dan peribadi dengan menghormati diri dan lain-lain dalam setiap aktiviti fizikal.
o   Menilai aktiviti fizikal.

q) Siapakah yang boleh menggunakan PECAT?
o   Kakitangan agensi pendidikan kerajaan dan swasta.
o   Jawatankuasa-jawatankuasa kurikulum atau pendidik-pendidik fizikal di daerah-daerah sekolah, sekolah-sekolah, atau pertubuhan-pertubuhan komuniti.
o   Pembuat-pembuat sukatan pelajaran lain.
o   Kolej dan fakulti universiti program-program persediaan guru, persediaan profesional mahasiswa bahagian atasan memprogram dalam pendidikan jasmani , dan pembangunan kurikulum, pendidikan tahap siswazah , dan kursus-kursus pedagogi.

r) Kepentingan Pemilihan Pendidikan Jasmani dan Kurikulum.
o   Menjalankan satu kurikulum lengkap dan lengkap proses pemilihan.
o   Gunakan kurikulum pendidikan jasmani berkualiti tinggi.
o   Melaksanakan suruhan pendidikan jasmani berkualiti tinggi.
o   Galakkan aktiviti fizikal seumur hidup.

PENDIDIKAN JASMANI KEUTAMAANKU

Betulkan yang Biasa;
Biasakan yang Betul!

Martabatkan Pendidikan Jasmani!

Sunday 27 May 2012

JENIS-JENIS LATIHAN BEBANAN


Program latihan beban lazimnya dikelolakan untuk mencapai objektif yang
khusus dengan memanipulasikan beberapa angkutubah penting seperti :
Ø Intensiti latihan
Ø Jumlah ulangan dan set
Ø Kekerapan latihan dijalankan
Terdapat tiga jenis latihan beban yang boleh meningkatkan kekuatan iaitu:
1. Latihan Isometrik
2. Latihan Isotonik
3. Latihan Isokinetik
1. Latihan Isometrik
Isometrik bermaksud tanpa perubahan kepanjangan. Oleh itu, latihan
isometrik ialah suatu jenis latihan kekuatan yang dilakukan tanpa
melibatkan pergerakan atau kepanjangan otot-otot yang terlibat. Apa yang
berlaku ialah pengecutan statik. Walaupun latihan ini boleh menambahkan
kekuatan tetapi kualiti kekuatan yang ditambah adalah kurang
memuaskan dan tidak mendatangkan banyak faedah.

2. Latihan Isotonik
Latihan isotonik bermaksud otot-otot yang terlibat akan dipendekkan
semasa senaman dilakukan. Senaman ini adalah jauh lebih berfaedah
daripada latihan isometrik. Alatan-alatan yang digunakan untuk latihan ini
ialah dumbell, barbell, serta mesin Multi-Gym, Universal, Weider dan
Paramount.

3. Latihan Isokinetik
Kaedah latihan adalah yang paling berkesan kerana ia menggabungkan
faedah-faedah daripada kedua-dua latihan isometrik dan isotonik. Latihan
ini melibatkan keseluruhan otot-otot. Mesin yang digunakan untuk latiihan
isokinetik termasuklah Cybex Orthotron, Cybex II, dan Mini-Gym.
Walaupun Latihan Isokinetik adalah yang paling baik, tetapi latihan ini
adalah kurang praktikal kerana kos alatannya yang tinggi. Oleh itu,kaedah Latihan Isokinetik masih merupakan suatu kaedah latihan kekuatan yang paling praktikal dan berkesan.

SALAH TANGGAPAN TERHADAP LATIHAN BEBAN 
Berikut adalah beberapa salah-anggap terhadap latihan beban yang
menyebabkan latihan beban kurang popular :
Ø Latihan beban hanya sesuai untuk lelaki sahaja.
Ø Latihan beban akan menyebabkan pertambahan kekuatan di samping
mengurankan kelembutan.
Ø Otot-otot yang dibina daripada latihan beban akan terus menjadi lemak
apabila latihan beban dihentikan.

PELAN LATIHAN SISTEM 300


Pasti ramai pernah tengok cerita 300 yang meletup suatu ketika dahulu dengan 300 pelakon yang memiliki badan yang menarik. Zack Snyder, pengarah filem 300 meminta bantuan Mark Twifght untuk mendapatkan pelakon-pelakon yang dikehendakinya. Bagi mendapatkan pelakon-pelakon yang diperlukan, Mark Twight telah merancang Pelan Latihan 300 yang mana jika diikuti akan memberikan hasil dalam 8 minggu.
Pull Up
Pull up atau chin up melibatkan 1 bar di atas anda untuk bergayut. Angkat badan ada dengan tangan sedikit lebar daripada bahu. Jangan hayunkan badan untuk mendapat momentum. Lihat cara-cara melakukan chin up di laman Chin-Up
Deadlift (135 lbs)
Paling penting untuk pastikan postur melakukan deadlift ini betul. Angkat hanya 135 lbs termasuk berat barbell. Berat barbell olympic 45 lbs. Lihat cara-cara melakukan deadlift di laman
Deadlift.
Push Up
Salah satu latihan tradisional untuk otot dada. Berbaring menghadap bawah dengan tangan sedikit lebar daripada bahu.
Turunkan badan sehingga dada 1 inci daripada lantai dan naik kembali.

Box Jump (24 inci)
Dapatkan tempat setinggi 24 inci yang dapat menahan berat badan anda apabila anda melompat ke atasnya. Lompat ke atas tempat atau kotak itu dan kembali semula ke bawah.

Floor Wiper
Baring di atas lantai dengan kaki diluruskan ke hadapan. Angkat barbell dengan berat 135 lbs seperti melakukan bench press. Angkat kaki perlahan-lahan dan sentuhkan kaki ke weight plate di sebelah kanan dan kembali semula ke tempat asal. Kemudian buat untuk belah kiri. Kanan kiri untuk 1 ulangan.

Clean Press (36 lbs)
Merupakan kombinasi deadlift dan shoulder press. Dengan menggunakan dumbbell atau pemberat lain di mana jumlah berat 36 lbs. 18 lbs sebelah.
Lakukan seperti anda melakukan deadlift dan tanpa henti terus mengubah posisi tangan untuk melakukan shoulder press.